HOLIDAY

Dah lama aku tak update post blog ni. Memang banyak tittle aku nak buat tapi terpaksa tangguh sebab busy. Biasalah pergi sana pergi sini sampai nak update pun malas. Cuti sekolah ni tak lah jauh sangat aku melancong. Setakat pergi kelantan, terengganu dan kl jeh yang aku pergi. Nak pergi jauh jauh pun parent busy kerja tak ada cuti. Hari jumaat petang gerak kl aku pergi rumah aunt sebab nak tolong dia kemas rumah maklum lah nak pindah rumah baru. Naik bas then sampai kat kl sentral terus turun kat KTM beli tiket nak ke rawang. Memang sesak ramai orang terpaksa berebut cari tempat duduk last last terpaksa berdiri. Nasib lah aku ni kecik boleh main selit selit. Macam macam bau ada dalam KTM terpaksa lah tahan hidung ni. Sampai rawang uncle ambil terus pergi rumah dia stay sana. Sabtu malam aunt dengan family ajak pergi I-City. Sampai pukul 9.30 balik pukul 2 pagi. Memang patut lah balik pukul 2 pagi sebab jalan sesak. Malam malam orang kat I-City pun semua macam semut. Nak masuk snow walk pun tertangguh sebab terlalu panjang nak beratur nak masuk dalam snow walk tu. Tapi rugi lah tak dapat masuk nak jugak tenguk apa ada kat dalam tu. Just main buaian pusing yang laju jeh kat I-City. Nak main pun terpaksa beratur panjang. Memang best lah jugak kat I-City tu macam genting higland jugak lah ada mainan, snow walk, light wonderland. Tiket nak main setiap mainan tu sama jeh semua harga dia just RM5 and sangat murah lah. Okay then hari ahad pergi pusat sains negara. Berfaedah jugak aunt dengan family bawak aku dengan anak sedara aku pergi situ just nak explore tentang sains kat dalam tu. Ewah ewah aku memang bercita nak jadi professor. Haha. Pusat sains lain dari yang lain time aku pergi rombongan dengan budak sekolah dulu. Tempat tu dah banyak upgrade memang best la. And then balik pergi KTM aunt bawak naik dari kl sentral sampai rawang jugak. Sesak oh biasalah hari minggu orang balik dari shopping. Sampai rawang uncle and ayah ambil kat KTM rawang. Er balik terus letih penat berjalan dari pagi jejak ke malam. Bukan selalu dapat berjalan reramai dengan family mama semua. Memang ramai tapi so awesome. Hihi. Semua gambar kat bawah ni about percutian aku. Ewah ewah haha. Sorry aku tak banyak taip sangat badan tengah lemah, selseme, demam oh tefak. Ok bye, night.










No comments:

Post a Comment